Wednesday, April 19, 2017

KEHIDUPAN #1


Dalam kehidupan kita, kita hanya mampu merancang segala perjalanan hidup yang kita mahukan. Sama ada untuk hari ini, esok atau masa hadapan. Perancangan yang kita rangka tidak semestinya akan berlaku atau flow mungkin tidak smooth as what kita harapankan. Ada sahaja dugaan dan cabaran yang datang tanpa di undang serta memaksa kita merubah segalanya.

Macam cita-cita, semua orang ada cita-cita. Even dari kita sekola rendah soalan yang paling popular cikgu kan tanya is, apa cita-cita awak? Bila dah besar, kita end up tak jadi apa yang kita cita-citakan tu (some might get it, rezeki dia lah kan? 😊). Bila dah besar ni, dalam memikirkan diri dan masa depan sendiri, kita juga akan fikirkan hal orang sekeliling terutama keluarga. Tanggungjawab kita yang semakin besar.

Bila dah meningkat dewasa, macam aku sendiri, aku lebih envy dengan kejayaan orang lain daripada memikirkan hal remeh (such perkahwinan, pada aku untuk current time ni, remeh untuk aku). Aku suka baca tentang perjalanan hidup seseorang, aku suka perhatikan hidup seseorang. How dia build up diri dia to be someone yang boleh berjaya on their own, standing on their feet. Walaupun bukan depan mata, tapu semangat dia orang tu sikit-sikit dapat motivate diri sendiri. Tak ke best? Dalam masa yang sama tak ada masa untuk fikirkan hal-hal remeh.

(Kenapa orang tu tak nak kawan aku, kenapa orang tu tak ingat aku, kenapa itu kenapa ini (sebab aku dulu macam ni. Bhahahah))

Sekarang aku lebih suka fikir dan buat apa yang aku suka. Orang nak cakap belakang tu belakang kira. Kita tak hidup untuk please life orang. Dulu masa belajar jauh, keluarga je yang selalu ada dengan kita sampai aku jumpa keluarga baru aku kat sana. Keluarga sendiri tetap no 1. Dulu jugak aku selalu ingat orang, tapi orang yang diingati tu takde ingat kita pun. So aku rasa macam ketinggalan. Motivate diri sendiri untuk tak perlu terlalu ingat mereka sebab aku dapat sesuatu yang lebih precious, new family yang bonding antara kami terlalu kuat until today. 6 years and continuously counting.

Tuesday, September 27, 2016

Sayang


Assalamualaikum w.b.t.. Salam sejahtera to those yang baca every entry (further)...

Just than today baru terasa nak betul-betul menaip. Hari-hari macam ada je idea yang datang untuk diluahkan dikongsi bersama but then terkubur begitu sahaja which is I just don't know why. Untuk entry permulaan, terasa nak membebel tentang sayang. Satu perasaan yang every manusia kat muka bumi ni ada (Allah kurniakan). But on how kita deal dengan perasaan sayang tu, diri kita sendiri yang handlelah. How you describe perasaan sayang tu everyone ada dia punya description sendiri kan. 

As far for me (seorang yang masih banyak belajar) sayang ni wide. Sayang Allah, Nabi, parents, keluarga (adik beradik, atok nenek, makcik pakcik, sepupu, kawan-kawan, kekasih, anak-anak). Luaskan? Dan setiap golongan tu perasaan sayang kita berbeza. On how kita luahkan, how kita tunjukkan, macam mana kita praktikkan. As far from me myself, I have some difficulties to show my love towards orang yang rapat dengan aku. Even my sisters say the same. Which kadang-kadang rasa takut nak terlalu sayang pun ada. 

Suka tengok orang bercinta, orang luah rasa sayang, try to think positive but then ia berlalu begitu sahaja. Suka tengok je la tapi sendiri rasa geli (sampai dah tahap ni). Out of families, aku baru umur 25 tahun dan pernah bercinta, berkasih sayang tapi kecewa (yet positively thinking, bukan jodoh. Lumrahkan, macam mana kita positif pun tetap ada rasa kecewa, sedih.) Just because we put on hope in certain relationship. But bila Allah kata bukan, maka bukanlah. My Ex's is now officially someone else's fiance. Soon to be married. Ambil masa untuk terima (current : me already move on). Tapi macam mana kita move on pun kadang-kadang kita teringat, terindu. TER je la (never follow this! haha). Mulut boleh kata terima apa sahaja, kena ingat satu, kita manusia biasa. Macam mana kita boleh terima keadaan, boleh terima jadi kawan, tapi hati kita lembut dengan tak lembut sahaja. Yes I know, susah for certain people just because she/he have put too much HOPE on the relationship. Usaha kena ada. Just then, jangan benci sahaja. Jodoh kita belum sampai.

So far 25 years old, this year almost 96% of wishes 'semoga cepat bertemu jodoh, nasi minyak and so on (yang related)'. Relax, baru 'jubli perak'. Not yet jubli emas. Walaupun ada orang dah mula gelar me as 'anak dara tua (she's forgot she has a daugther)', but chill la. Cousins I yang umur atas I ramai tak kawen lagi. Me even surrounded by kawan-kawan yang belum kahwin. So, tak gelabah la. Nak sayang orang bukan mudah. I've faced so many marriage yang tak bahagia, yang bermasalah, yang suami/isteri not yet matang dalam perhubungan pun ada, kaki pukul, hentak bini, bini gangster (hiksss). So, I know, Allah has the best plan for us. You just don't have to worry or think too much on it.

Go, live your life happily. Surround yourself by positive and supportive peoples (yang negatif boleh dah sepak jauh-jauh). Sometimes duduk sorang-sorang, me even makes a joke on myself. 'Tu lah, sibuk sangat nak belajar tinggi-tinggi, sibuk kerja, padan muka takde orang nak (bukan takda, ada tapi belum bersedia.)' Never make a decision to be in a relationship or marriage just because of sayang. Think twice. Ask for Allah guidance. For what reason? Adakah hanya kerana kita dah pasangan sama-sama baru kecewa? atau to make the Ex's jealous? atau terikut-ikut dengan trend? atau jealous sebab kawan-kawan ramai dah kahwin dan ada anak? atau memang kita betul-betul bersedia. Kahwin/dalam hubungan bukan semata-mata kerana sayang. Sayang tak bawa kita ke mana-mana. Macam mana usaha nak bawa hubungan tu ke arah yang lebih baik. Tanggungjawab, saling melengkapi, susah senang, banyak lagi. Yang penting, restu keluarga. Kalau setakat ikut trend, ikut perasaan sendiri baran tak habis, tak kemana jawabnya. 

XOXO