Wednesday, April 19, 2017

KEHIDUPAN #1


Dalam kehidupan kita, kita hanya mampu merancang segala perjalanan hidup yang kita mahukan. Sama ada untuk hari ini, esok atau masa hadapan. Perancangan yang kita rangka tidak semestinya akan berlaku atau flow mungkin tidak smooth as what kita harapankan. Ada sahaja dugaan dan cabaran yang datang tanpa di undang serta memaksa kita merubah segalanya.

Macam cita-cita, semua orang ada cita-cita. Even dari kita sekola rendah soalan yang paling popular cikgu kan tanya is, apa cita-cita awak? Bila dah besar, kita end up tak jadi apa yang kita cita-citakan tu (some might get it, rezeki dia lah kan? 😊). Bila dah besar ni, dalam memikirkan diri dan masa depan sendiri, kita juga akan fikirkan hal orang sekeliling terutama keluarga. Tanggungjawab kita yang semakin besar.

Bila dah meningkat dewasa, macam aku sendiri, aku lebih envy dengan kejayaan orang lain daripada memikirkan hal remeh (such perkahwinan, pada aku untuk current time ni, remeh untuk aku). Aku suka baca tentang perjalanan hidup seseorang, aku suka perhatikan hidup seseorang. How dia build up diri dia to be someone yang boleh berjaya on their own, standing on their feet. Walaupun bukan depan mata, tapu semangat dia orang tu sikit-sikit dapat motivate diri sendiri. Tak ke best? Dalam masa yang sama tak ada masa untuk fikirkan hal-hal remeh.

(Kenapa orang tu tak nak kawan aku, kenapa orang tu tak ingat aku, kenapa itu kenapa ini (sebab aku dulu macam ni. Bhahahah))

Sekarang aku lebih suka fikir dan buat apa yang aku suka. Orang nak cakap belakang tu belakang kira. Kita tak hidup untuk please life orang. Dulu masa belajar jauh, keluarga je yang selalu ada dengan kita sampai aku jumpa keluarga baru aku kat sana. Keluarga sendiri tetap no 1. Dulu jugak aku selalu ingat orang, tapi orang yang diingati tu takde ingat kita pun. So aku rasa macam ketinggalan. Motivate diri sendiri untuk tak perlu terlalu ingat mereka sebab aku dapat sesuatu yang lebih precious, new family yang bonding antara kami terlalu kuat until today. 6 years and continuously counting.

No comments:

Post a Comment

thanx for the comment. ;)